RSS

Category Archives: Semantik

Semantik

4.2.4 Semantik

Istilah ‘semantik’ berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud ‘penting; bererti’.Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).
Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).
Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228)
Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
Rakaman Audio Dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu
Transkipsi data
semantik
Analisis Dapatan
semaNtik 2 semantik3
Kesimpulan
Jadi daripada hasil dapatan di atas, pengkaji mendapati dalam dialek Kuala Berang juga terdapat beberapa kata atau leksikal yang mengandungi ketaksaan maknanya jika dibandingkan dengan bahasa Melayu Standard dan mungkin ada makna yang berbeza juga dengan dialek-dialek lain di Malaysia.
 Ini menunjukkan keunikkan dialek Kuala Berang dalam menginterpretasikan makna yang berlainan walaupun mempunyai sebutan atau ejaan yang sama sahaja dengan bahasa Melayu Standard.
 
1 Comment

Posted by on May 13, 2013 in Bab 4, Semantik, SKBL2113