RSS

Author Archives: norasyikinmatnaib

Analisis Pembentukkan Kata

4.2.2 PEMBENTUKAN KATA

Jika sebutan mengidentifikasi satuan dasar bahasa sebagai bunyi, pembentukan kata pula mengidentifikasi satuan dasar bahasa sebagai satuan gramatikal dalam struktur dalaman kata-kata. Jika pada umumnya kata-kata dianggap sebagai unit terkecil dalam sintaksis, jelas bahawa dalam kebanyakan bahasa, suatu kata dapat dihubungkan dengan kata lain melalui aturan. Aturan yang difahami penutur mencerminkan pola-pola tertentu (atau keteraturan) mengenai bagaimana kata dibentuk dari satuan yang lebih kecil dan bagaimana satuan-satuan tersebut digunakan dalam bicara. Hasil dapatan yang diperolehi memperlihatkan beberapa leksikal yang dikaji dari aspek pengimbuhan kata, pengguguran kata, penambahan kata, dan penukaran kata yang digunakan dalam dialek Kuala Berang ketika berbicara. Pembentukan sesuatu kata boleh berubah dan berbeza mengikut dailek negeri masing-masing dan dapatan bagi dialek Kuala Berang boleh diperhatikan dalam jadual dibawah:

Rakaman Audio Dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu

Transkipsi Data:

morfologi 1

Dalam  dailek Kuala Berang, terdapat pembentukkan kata melibatkan pengimbuhan yang mana terdapat sebahagian perkataannya yang mengalami penguguran. Sebagai contohnya seperti data di atas:

Analisis Dapatan:

1) Imbuhan beR- dalam kata /berjalan/ bagi bahasa Melayu Standard mengalami pengguguran kerana dalam dailek Kuala Berang imbuhan beR- kurang diberi penekanan menjadikan kata tersebut disebut /jalang/ sahaja.

2) Terdapat juga imbuhan beR-  yang sepatutnya menerima imbuhan beR- seperti /berlumba/ dalam bahasa Standard menjadi /belumba/ sahaja dalam dailek Kuala Berang.

3) Bagi imbuhan meN- pula, dalam dialek Kuala Berang akan digugurkan imbuhan tersebut dan digugurkan juga fonem huruf pertama kata dasar kata tersebut. Sebagai contohnya, /merangkap/ menjadi /ngakop/ (merangkop)  dalam dailek Kuala Berang.

4) Imbuhan se-  juga digugurkan seperti /sebelah/ dalam bahasa Melayu Standard digugur menjadi /beloh/ dalam dailek Kuala Berang.

5) Imbuhan peN- kadang kala digugurkan dalam dialek Kuala Berang apabila bertemu dengan fonem [r] pada kata dasar. Sebagai contohnya perkataan /perambak/(menghalau ) menjadi /ambak/ dan /penyepak/ menjadi /nyepak/ dalam dialek Kuala Berang.

 morfologi 2Analisis Dapatan:

Selain itu, dalam pembentukkan kata bagi dialek Kuala Berang juga berlaku pengguguran suku kata. sebagai contohnya seperti data di atas, yang mana perkataan ketiak, kepala, kerusi, kereta, kenapa, sudah, tidak, sangat, begitu, pergi dan buat dalam bahasa Melayu Standard  telah mengalami pengguguran suku kata awal menjadikan pembentukan kata bertukar menjadi tiok, pale, kusi, kete, nape, doh, dok, ngat, gitu, dan wak sahaja dalam dialek Kuala Berang.

Dalam dialek  Kuala Berang, Terengganu, terdapat beberapa kata adjektif yang menerima darjah kesangatan pada kata sifatnya(adjektif) yang tidak hanya didukung oleh pola-pola nahu yang ada tetapi ianya juga boleh berkolokasi dengan kata-kata yang lain dalam dialek Terengganu. Contohnya adalah seperti berikut:

morfologi 3

Analisis Dapatan:

Jika dalam bahasa Melayu Standard kata adjektif boleh disertai dengan kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya. Tetapi bagi dialek Kuala Berang, Terengganu kata adjektif  kerap kelihatan wujud bersebelahan dengan kata-kata lain untuk menunjukkan darjah kesangantannya. Sebagai contohnya seperti data di atas:

1)kelak sebak merujuk kepada rasa yang sangat kelak. Contoh ayat: kelak sebak  rase buwoh salok mude tu.

2)tawo heber merujuk kepada rasa yang sangat tawar. Contoh ayat: tawo heber ai hok mung wak takdi.

3)masing pekok merujuk kepada rasa yang sangat masing. Contoh ayat: masing pekok ikang keli goreng kat keda Abu.

4) pahit lepang merujuk kepada rasa yang sangat pahit. Contoh ayat: Pahit lepang rase ubat hok dokto bagi.

5) masang ghebang merujuk kepada rasa yang sungguh masam. Contoh ayat: Masang ghebang buwoh pauh hok mok cik timoh bagi tadi.

6) manih neting merujuk kepada rasa sesuatu yang sungguh manis. Contoh ayat: manih neting ai kopi ning.

7) pedah desing merujuk kepada rasa sesuatu yang sangat pedas. Contoh ayat: Pedah desingnye kuoh tonyang kat keda pok loh.

 

Kata yang bersebelah dengan kata adjektif iaitu perkataan sebak, heber, pekok, lepang,ghebang, neting dan desing inilah menjadi kata penguat bagi kata adjektif rasa bagi kelak, tawar, masin, pahit, masam, manis dan pedas dalam dialek Kuala Berang, Terengganu.

Rumusan

Berdasarkan analisis data seperti di atas, terdapat banyak aspek dalam pembentukan kata yang dapat dilihat berdasarkan analisis yang dilakukan oleh pengkaji. Pembentukan kata ini ternyata terdapat persamaan dari sudut pengguguran suku kata kata dasar dan turut mempunyai berbeza seperti dalam kata adjektif darjah kesangatan dan pengguguran imbuhan sesuatu kata antara  dengan bahasa Melayu standard. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam dialek Kuala Berang dan bahasa Melayu standard mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lian. Persamaan dan perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan pemilihan kata, imbuhan, kata sifat dan pengguguran suku kata.

 
 

Analisis Penyebutan Kata

BAB 4
Dapatan Kajian

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan tentang hasil dapatan yang diperolehi setelah kajian dilaksanakan keatas responden. Ini kerana dalam setiap kajian yang dilakukan, bahagian dapatan kajian memainkan peranan yang sangat penting kerana segala dapatan kajian yang diperolehi akan dapat membuktikan kesahihan sesuatu kajian. Oleh itu, dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang dapatan kajian bagi menjawab soalan dan objektif kajian. Hasil dapatan kajian adalah seperti dibawah:

4.2 PERBINCANGAN

4.2.1 PENYEBUTAN KATA

Dalam dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu terdapat bunyi-bunyi sebutan yang sedikit berbeza dengan bahasa Melayu standard. Kajian tentang perbezaan dari sudut bunyi sebutan ini juga telah dilakukan oleh pengkaji barat seperti kajian James T. Collins (1996) yang mengkaji tentang diftong dan diftongisasi dialek Ulu Terengganu iaitu perkataan abu menjadi abuw dalam dialek Terengganu. Bunyi sebutan bahasa adalah bunyi yang dibentuk oleh tiga faktor, iaitu pernafasan (sebagai sumber tenaga), alat ucap (yang menimbulkan getaran), dan rongga pengubah getaran (pita suara).

Rakaman Audio Dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu

Transkipsi data

transkipsi

transkipsi 2

Hasil dapatan kajian dari sudut ini dilihat daripada tiga sudut bunyi sebutan iaitu dari sudut bunyi sebutan vokal, diftong dan konsonan. Hasil dapatan kajian yang diperolehi adalah seperti di bawah:

 i.     Vokal        

Bunyi Vokal  ialah bunyi yang tidak mengalami hambatan di daerah artikulator. Disebut  juga huruf hidup kerana dapat berdiri sendiri dan dapat menghidupkan konsonan. Terdiri daripada huruf a, i, u, e, o.  Dalam dialek Kuala Berang terdapat beberapa leksikal yang menunjukkan perbezaan sebutan dengan bahasa Melayu Standard pada huruf vokal antaranya seperti:

Bil

Dialek Kuala Berang

Transkipsi Fonetik

Bahasa Melayu Standard


1


buwoh


/
buwoh/


buah


2


ak
o


/akɔ/


akar


3


tik
o


/tikɔ
/


tikar


4


pas
e


/
pasɛ/


pasir


5


muto


/
muto/


motor


6


tutok


/tut
ɔʔ/


tutup


7


lo
nggo


/loŋ
ɡɔ/


longgar


8


tupo


/tup
ɔ/


tumpul


9


timbo


/timbɔ/


timbul

Senarai Kata Dialek Kuala Berang, Terengganu

ANALISIS:

Berdasarkan dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam senarai di atas:

Senarai kata dalam dialek Kuala Berang  didapati, suka kata awal bahasa Melayu standard yang disebut:

  1. Fonem  [o],  lazimnya akan disebut [u] dalam dialek Kuala Berang. Contoh: motor disebut muto
  2.  Fonem  [m] pula lazimnya akan digugurkan selepas fonem [u] pada awal suku kata. Contonhnya tumpul disebut tupɔ sahaja dalam dialek Kuala Berang.  

Berdasarkan senarai kata dalam dialek Kuala Berang, didapati suka kata akhir bahasa Melayu standard yang disebut:

  1. /ah/, lazimnya akan digantikan fonem [a] tersebut dengan fonem [o] dan disebut /oh/ dalam dialek Kuala Berang dan berlaku penambahan fonem [w] sebelum fonem [o] tersebut. Contoh: buah menjadi buwoh
  2. /ar/,  lazimnya akan digugurkan fonem [a] dan disebut [ɔ] manakala fonem [r] selepasnya akan digugurkan dalam dialek Kuala Berang. Contoh: akar dan tikar menjadi akɔ dan tikɔ
  3. /ir/,  lazimnya akan digugurkan fonem [i] dan disebut [ɛ] manakala fonem [r] dibelakangnya akan digugurkan dalam dialek Kuala Berang. Contoh: pasir menjadi pasɛ
  4. /ul/ pada suku kata akhir, lazimnya akan digantikan fonem [u] tersebut dengan fonem [ɔ] manakala fonem konsonan [l] dibelakangnya akan digugurkan. Contohnya timbul dan tumpul disebut timbɔ dan tupɔ dalam dialek kuala Berang.

 ii.     Diftong

Bunyi diftong pula ialah bunyi yang memerlukan dua vokal dibaca dengan satu bunyi, misalnya: /ai/ dalam sungai, /au/ dalam /kau/. Antara huruf diftong ialah au, ai, dan oi. Namun begitu dalam dialek Kuala Berang terdapat beberapa perkataan yang sepatutnya huruf vokal disebut sekali  digugurkan salah satu vokalnya. Ini menunjukkan wujudnya perbezaan diantara dialek tersebut dengan bahasa Melayu Standard. Data yang diperolehi adalah seperti berikut:

Bil

Dialek Kuala Berang

Transkipsi Fonetik

Bahasa Melayu Standard


1


tupa


/tupa/


tupai


2


lima


/lima/


limau


3


peta


/pǝta/


petai


4


sera


/sǝ
ɣa/


serai


5


bewok


/bewoʔ/


biawak


6


ambo


/ambɔ/


amboi

Senarai Kata Dialek Kuala Berang, Terengganu

ANALISIS:

Berdasarkan senarai kata dalam dialek Kuala Berang, didapati suka kata awal bahasa Melayu standard yang disebut:

  1.   /ia/, lazimnya akan digugurkan dan disebut  fonem [e] dalam dialek Kuala Berang. Contoh: biawak disebut bewoʔ

Berdasarkan senarai kata dalam dialek Kuala Berang, didapati suka kata akhir bahasa Melayu standard yang disebut:

  1.   /ai/, lazimnya akan digugurkan fonem [i] nya dan disebut sehingga fonem [a] sahaja dalam dialek Kuala Berang. Contoh: tupai, petai, serai disebut tupa, peta, dan ɣa.
  2. /au/, lazimnya akan digugurkan fonem [u] dan disebut fonem [a] dalam dialek Kuala Berang. Contoh:limau disebuti lima.
  3. /oi/, lazimnya akan diganti dan disebut dengan fonem [ɔ] manakala fonem [i] pada akhir kata akan digugurkan dalam dialek Kuala Berang. Contoh:amboi disebut ambɔ.

iii.     Konsonan

            Bunyi Konsonan pula, adalah bunyi yang mengalami hambatan dalam pengucapan. Antara perbezaan yang wujud seperti data dibawah:

Bil

Dialek Kuala Berang

Transkipsi Fonetik

Bahasa Melayu Standard


1


aya
ng


/ajaŋ/


ayam

2

lipang

/lipaŋ/

lipan


3


duriya
ng


/du
ɣijaŋ/


durian


4


daha
ng


/dahaŋ/


dahan


5


dao
ng


/daoŋ/


daun


6


bata


/bata/


bantal


7


awa
ŋ


/awaŋ/


awan


8


malah


/malah/


malas


9


litoh


/litoh/


lintah


10


isap


/isap/


hisap

 Senarai Kata Dialek Kuala Berang, Terengganu

ANALISIS:

Berdasarkan senarai kata dalam dialek Kuala Berang, didapati suka kata awal bahasa Melayu standard yang disebut:

  1. Fonem [n], lazimnya akan digugurkan fonem [n] dan disebut setakat bunyi [i] sahaja dalam dialek Kuala Berang.  Contoh:lintah, bantal disebut litoh dan bata sahaja.
  2. Fonem [h] pada suku kata awal akan digugurkan dan disebut terus pada fonrm [i] dalam dialek Kuala Berang. Contohnya hisap disebut isap sahaja.

Berdasarkan senarai kata dalam dialek Kuala Berang, didapati suka kata akhir bahasa Melayu standard yang disebut:

  1. Fonem [n]  dan [m] lazimnya akan  menerima penambahan fonem [g] pada koda dan disebut dengan  // atau [ŋ] dalam dialek Kuala Berang.  Contoh: ayam, lipan, dahan, daun, durian dan awan disebut ayang, lipang ,daong, duriyang, dan awang.
  2. Fonem [s] akan digantikan dan disebut dengan fonem  [h] dalam dialek Kuala Berang. Contoh: malas disebut malah.

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan analisis sebutan diatas, saya mendapati responden telah memberikan maklumat yang  mencakupi aspek pengguguran fonem, penggantian fonem dan penambahan fonem dan ini dapat disimpulkan bahawa penyebutan kata antara dialek Kuala Berang  sememangnya menpunyai perbezaan dengan  bahasa Melayu Standard.

 
     

           

           

           

 

 
 

Pragmatik

4.2.5 Pragmatik

Yule (1996) menyebut empat definisi pragmatik iaitu bidang yang mengkaji makna, bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya, bidang yang melebihi kajian mengenai makna yang diberikan dan bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi percakapan tertentu. Thomas (1995) menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna (speaker meaning) dan kedua dengan menggunakan sudut pandang kognitif dimana ia menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation). Leech (1983) pula, melihat pragmatik sebagai bidang dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Perhubungan ini disebut semantisisme iaitu melihat semantik sebagai sebahagian dari pragmatik.

Sistem panggilan terbahagi kepada dua iaitu sistem panggilan yang digunakan untuk majlis formal dan majlis bukan formal. Dalam tugasan ini, sistem sapaan adalah fokus kepada majlis tidak formal namun peraturan sistem sapaan dikhaskan untuk majlis rasmi tetap dipatuhi. Dalam konteks ini, sistem sapaan adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing dalam bersapaan sesama sendiri. Sistem panggilan merangkumi tiga aspek utama iaitu ganti nama diri, kata panggilan dan kata panggilan keluarga. Kata ganti digunakan adalah untuk menghormati atau memuliakan seseorang. Sistem sapaan atau panggilan adalah satu sistem yang memuatkan ganti nama, ganti nama diri dan kata panggilan umum atau keluarga seperti berikut: –

Rakaman Audio Dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu

Transkipsi data

kata panggilan 1 kata panggilan 2 kata panggilan 3 kata panggilan 4

Analisis Dapatan:

Bagi mengupas tentang sistem sapaan atau sistem panggilan, maklumat  pragmatik diperlukan bagi menjelaskan penggunaannya untuk membantu memberikan panduan mentafsir ganti nama apabila wujud kekaburan dalam sesuatu makna. Analisis hasil dapatan adalah seperti di bawah:

Ganti Nama Diri Pertama

Ganti nama diri orang pertama adalah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap seperti saya, aku, beta, patik dan hamba. Ganti nama diri pertama dalam dialek Kuala Berang adalah seperti berikut: –

                                    a) saya

b) aku

c) ambe (saya)

d) orang

Lazimnya, dalam dialek Kuala Berang kata panggilan bagi aku, ambe dan orang digunakan dalam situasi tidak formal dan digunakan dengan seseorang yang rapat atau dikenali penutur tersebut, manakala panggilan saya lebih digunakan untuk situasi formal dan orang yang lebih tua dari penuturnya.

Ganti Nama Diri Kedua

Ganti nama diri orang kedua adalah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang ditujukan percakapan seperti engkau, awak, saudara, encik, tuanku, tuan dan puan. Umumnya, untuk bilangan orang lebih dari satu, biasanya ditambah perkataan ‘semua’ atau ‘sekalian’. Ganti nama diri kedua dalam dialek Kuala Berang adalah seperti berikut: –

a)    Awok (awak)

b)    Mung (kamu/mu)

c)    Engcik (encik)

d)    Cik (cik)

e)    Tuang (tuan)

f)     Puwang (puan)

Lazimnya, dalam dialek Kuala Berang kata panggilan bagi mung digunakan dalam situasi tidak formal dan digunakan dengan seseorang yang rapat atau dikenali penutur tersebut, manakala panggilan awok, engcik, cik, tuang, puwang pula, lebih digunakan untuk situasi formal dan tak formal untuk menghormati seseorang yang dipanggil tersebut.

Ganti Nama Diri Ketiga

Ganti nama diri orang ketiga adalah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dijadikan bahan percakapan atau yang dicakapkan seperti ia, dia, baginda, beliau dan –nya untuk bilangan satu dan ‘mereka’ bagi bilangan lebih dari satu. Ganti nama diri ketiga dalam dialke Kuala Berang adalah seperti berikut: –

a)      Beliyau (beliau)

                                    b)      Ye (dia)

Lazimnya, dalam dialek Kuala Berang kata panggilan bagi ye digunakan dalam situasi tidak formal dan digunakan dengan seseorang yang rapat atau dikenali penutur tersebut, manakala panggilan beliyau pula, lebih digunakan untuk situasi formal dan tak formal untuk menghormati seseorang yang dipanggil tersebut.

Kata Panggilan Umum

Kata panggilan umum dalam dialek Kuala Berang adalah seperti berikut: –

a)      Cekgu (cikgu)

                                   b)      Dokte (doktor)

                                   c)    Engcik (encik)

d)    Cik  (cik) 

e)    Tuang (tuan)

f)     Puwan (puan)

g)    Tok aji (tuan haji)

h)   Pok aji (pak haji)

Lazimnya, dalam dialek Kuala Berang kata panggilan seperti di ata lebih digunakan untuk situasi formal dan tak formal untuk menghormati seseorang yang mempunyai status, pangkat dan jawatan yang tinggi.

Kata Panggilan Keluarga dan Sanak Saudara

Kata panggilan keluarga dan sanak saudara dalam dialek Kuala Berang adalah seperti berikut: –

a)      Mok—mak

b)      Ayoh—ayah

c)      Aboh—abah

d)     Tok—nenek

e)      Tokki—datuk

f)       Adik—adik bongsu

g)      Kak—kak yang paling sulong/paling tua dalam keluarga

h)      Ayoh long dan mok long— ayah dan mak saudara yang sulung

i)        Ayoh ngoh dan mok ngoh—ayah dan mak saudara yang ke dua

j)        Ayoh chik dan mok chik—ayah saudara dan mak saudara yang ke tiga

k)      Ayoh su dan mok su—ayah saudara dan mak saudara bongsu.

                                    l)        yang—moyang

Lazimnya pula, dalam dialek Kuala Berang kata panggilan seperti di atas lebih digunakan untuk situasi  tak formal untuk menghormati seseorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam keluarga. Akan tetapi panggilan tersebut boleh berbeza bergantung kepada keluarga masing-masing.

Kata Panggilan Kekeluargaan Dan Profesional Dalam Situasi Individu/ Responden  Akrab Atau Tak Akrab Dengan Seseorang.

pragmatik 1

Panggilan Diri Responden Ketika Dalam Situasi Dengan Seseorang Yang Menpunyai Perbezaan Status, Usia Atau Jantina.

pragmatik 2

Berdasarkan kedua-dua data diatas, responden lebih cenderung menggunakan kata ganti diri aku, mung, ambe dan orang ketika bertutur dengan orang yang akrab dengannya sama ada dalam kalangan adik-beradik, rakan sebaya, dan keluarga responden. Manakala dengan seseorang yang tidak akrab dan mempunyai status yang tinggi seperti orang yang lebih tua, guru atau pensyarah mereka, orang yang mempunyai pangkat seperti haji, dokter dan sebagainya, yang mana responden lebih gemar untuk menggunakan kata panggilan saya untuk panggilan dirinya dan tuan, puan,  encik, cikgu,  dan Doktor untuk panggilan orang yang mempunyai status yang tinggi  tersebut.

Kesimpulan

Dialek Kuala Berang mempunyai sistem sapaan atau panggilan tersendiri yang dipengaruhi faktor budaya. Sistem sapaan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kata ganti nama pertama, kata ganti nama kedua, kata ganti nama ketiga, kata panggilan umum dan kata panggilan keluarga dan kata panggilan sanak saudara. Kepelbagaian sistem panggilan disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor umur, pangkat, jantina dan keturunan. Tidak semua masyarakat dialek ini menggunakan sistem sapaan atau sistem panggilan seperti yang tersebut diatas. Sesetengah pihak terdedah kepada pengaruh daripada budaya asing seperti penggunaan istilah ‘uncle’ untuk pakcik dan ‘Auntie’ untuk makcik, ‘mom’ atau ‘mother’ untuk ibu, ‘dad’ atau ‘daddy’ untuk ayah. Selain itu, sesetengah masyarakat terpengaruh dengan sistem panggilan masyarakat Melayu seperti penggunaan istilah ‘mak long’ untuk ibu saudara pertama, ‘pak long’ untuk bapa saudara pertama, ‘mak ngah’ untuk ibu saudara kedua, dan ‘pak ngah’ untuk bapa saudara kedua. Jadi, corak dan bentuk sesuatu bahasa adalah bergantung kepada siapa penuturnya dan di mana bahasa itu digunakan. Sesuatu bahasa yang mempunyai bilangan penutur yang ramai dan tersebar luas dari segi geografi akan mempunyai perbezaan-perbezaan kecil dari segi sebutan, susunan frasa, susunan perkataan-perkataan atau gaya. Justeru itu, kepelbagaian dari jenis bahasa juga mempengaruhi kepelbagaian dalam sistem panggilan dalam sesebuah masyarakat.

 
Leave a comment

Posted by on May 13, 2013 in Bab 4, Pragmatik, SKBL2113

 

Semantik

4.2.4 Semantik

Istilah ‘semantik’ berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud ‘penting; bererti’.Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).
Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).
Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228)
Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
Rakaman Audio Dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu
Transkipsi data
semantik
Analisis Dapatan
semaNtik 2 semantik3
Kesimpulan
Jadi daripada hasil dapatan di atas, pengkaji mendapati dalam dialek Kuala Berang juga terdapat beberapa kata atau leksikal yang mengandungi ketaksaan maknanya jika dibandingkan dengan bahasa Melayu Standard dan mungkin ada makna yang berbeza juga dengan dialek-dialek lain di Malaysia.
 Ini menunjukkan keunikkan dialek Kuala Berang dalam menginterpretasikan makna yang berlainan walaupun mempunyai sebutan atau ejaan yang sama sahaja dengan bahasa Melayu Standard.
 
1 Comment

Posted by on May 13, 2013 in Bab 4, Semantik, SKBL2113

 

Pembentukkan Frasa Dan Ayat

4.2.3TATABAHASA DAN PEMBENTUKAN FRASA DAN AYAT

 Dalam dialek Kuala Berang juga terdapat ayat-ayat yang menggunaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa keterangan dan lain-lain dalam perbualan harian mereka antara sedar atau tidak. Dalam temubual terhadap responden pengkaji telah mengenal pasti beberapa ayat yang digunakan responden. Antara hasil dapatan kajian adalah seperti dibawah:

Rakaman Audio Dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu

Transkipsi data

semantik

syntax

Analisis Hasil Dapatan:

Frasa  Nama

1)         Aku suke makang buwoh duriyang

            /aku sukǝ makaŋ buwoh duɣijaŋ/

            Aku suka makan buah durian

Frasa Kerja

2)         gie ngan kakok

            /ɡie  ŋan  kakoʔ/

            pergi dengan kakak

3)            Gadoh kali ambe wak lari adik jaoh.

            /gadoh kali ambǝ waʔ laɣi adiʔʤaoh/

            Tergesa-gesa sekali saya buat lari adik jauh.

 Frasa Adjektif

4)         sedak ngak isi ye lemok-lemok gitu

            /sədaʔ  ŋaʔ, isi je ləmoʔ- ləmoʔ ɡitu/

            sedap sangat, isinya lemak-lemak begitu.

5)         Musang sunggoh tok bidang tu.

            /musaŋ suŋgoh toʔ bidaŋ tu/

            Garang sungguh tok bidan tu.

Selain itu, pengkaji juga dapat mengenal pasti bahawa dalam dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu juga ada menggunakan beberapa ayat aktif dan ayat pasif, ayah penyata ketika soalan temubual diajukan kepada reponden. Hasil dapatan yang diperolehi adalah seperti dibawah:

Ayat  Aktif

7)         Aku suke makang buwoh duriyang

            /aku sukǝ makaŋ buwoh duɣijaŋ/

            Aku suka makan buah durian

 Ayat Pasif

8)         pengat pong saye makang gok..

            /pəŋat poŋ sajə makaŋ goʔ/,..

            pengat pun saya makan juga

9)         saye nama Aisyah

            /sajə namə aisyah/

            saya nama Aisyah

Ayat Penyata

10)       Hari tu masa jalang ngan adik, ade napok orang mude gomo.

            /hari tu masǝʤalaŋŋan adiʔ adǝ napoʔ oɣaŋ mudǝ gomo/

            Hari tu masa jalan dengan adik, ada nampak orang muda bergaduh.

Ayat Penguat

11)       Musang sunggoh tok bidang tu.

            /musaŋ suŋgoh toʔ bidaŋ tu/

            Garang sungguh tok bidan tu.

Rumusan

Berdasarkan analisis-analisis di atas, pengkaji mendapati tidak terdapat perbezaan pembentukan ayat antara dailek Kuala Berang dengan bahasa Melayu Standard. Ini kerana, struktur ayat  dailek dan bahasa Melayu Standard  ini berasal daripada rumpuan yang sama iaitu rumpun bahasa Austronesia. Perbezaan ayat di atas hanya dapat dilihat daripada aspek fonologi dan morfologi sahaja.

           

 

Transkipsi Rakaman Audio

Transkipsi Rakaman Audio Dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu

 

Pengkaji    : Assalamualaikum dan selamat petang, disini akak datang sebab nak kaji                           tentang  lima aspek bahasa yang akak perlu jadikan adik sebagai responden.                         Jadi sebelum saya mulakan soal selidik ini,boleh adik memperkenalkan diri                                    adik?

Responden      : Saya nama Aisyah, umo 20, tinggal sini ah.

Pengkaji          : Kat mana tu?

Responden      : Kampong Tapu.

Pengkaji          : Kuala Berang?

Responden      : Ho.

Pengkaji          : Ok, asal keturunan mok ayoh memang tinggal sinilah?

Responden      : Ho.

Pengkaji          : Boleh bagitau binatang apa ada sini?

Responden      : Ayang, burong, tupa, lipang, bewok, emm..

Pengkaji          : Ada lagi?

Responden      : (senyap)

Pengkaji          : Tumbuhan pulok ada apa, buah-buahan apa?

Responden      : Buwoh lima, duriyang, peta, sera, emm..

Pengkaji          : Kalau pokok tukan ,biasa dipokok tu ada apa?

Responden      : Dahang, daong, ako.

Pengkaji          : Ok, kalau bendakan kat umoh ada barang apa?

Responden      : Tiko, bata, pase, muto.

Pengkaji          : kalau awan adik panggil apa?

Responden      : Awang.

Pengkaji          : Kalau berjalan dekat-dekat Kuala Berang panggil apa selain berjalan?

Responden      : Derak.

Pengkaji          : Kalau biasa ramai-ramai bawak motor tu apa?

Responden      : belumbe.

Pengkaji          : Kalau merangkap sini panggil apa?

Responden      : Ngakop.

Pengkaji          : kalau ada ayam kita kena apa?

Responden      : Ambak.

Pengkaji          : Kalau singgoh?

Responden      : Singgoh ah.

Pengkaji          : Kalau ada makanan terdedah kita kena apa?

Responden      : Tutok.

Pengkaji          : Kalau baju kita besar kita panggil apa?

Responden      : Kecek, longgo.

Pengkaji          : Kalau lawan pada tajam?

Responden      : Tupo.

Pengkaji          : Kalau bersih?

Responden      : Koto.

Pengkaji          : Kecil lawan?

Responden      : Beso.

Pengkaji          : Rajin lawannya?

Responden      : Malah.

Pengkaji          : Tenggelam lawannya?

Responden      : Timbo.

Pengkaji          : Kalau kata ganti nama saya tu adik panggil apa kalau dengan kawan-kawan?

Responden      : Aku mung.

Pengkaji          : Kalau dengan cikgu?

Responden      : Cekgulah.

Pengkaji          : Bahasakan diri adik apa kalau dengan cikgu?

Responden      : Saye ah.

Pengkaji          : Kalau kamu, sini panggil apa?

Responden      : Mung

Pengkaji          :  Kalau lelaki panggil apa?

Responden      : Laki.

Pengkaji          : Kalau perempuan?

Responden      : Puwang.

Pengkaji          : Kalau laki dan puan yang dah kahwin panggil apa?

Responden      : Laki bini.

Pengkaji          : Kalau ibu?

Responden      : Mok.

Pengkaji          :Kalau bapa?

Responden      : Aboh.

Pengkaji          : Kalau nenek?

Responden      : Tok.

Pengkaji          : Kalau datuk?

Responden      : Tokki.

Pengkaji    : Adik tahu lagi perkataan-perkataan yang ada kat Terengganu nie? Kalau                           lintah tu panggil apa?

Responden      : Litoh.

Pengkaji          : Kalau perkataan pendek-pendek macam sudah panggil apa sini?

Responden      : Doh.

Pengkaji          : Kalau tidak?

Responden      : Dok.

Pengkaji          : Kalau hisap?

Responden      : Isap.

Pengkaji          : Kalau macam buat?

Responden      : Wak.

Pengkaji          : Kalau macam bandar?

Responden      : Bando.

Pengkaji          : Kalau kita tanya kenapa, kenapa tu apa?

Responden      : Nape.

Pengkaji          : Adik suka makan buah durian?

Responden      : Aku suka makang buwoh duriyang.

Pengkaji          : Biasa beli buah tu kat mana?

Responden      : Dekat Paso Kuale Berang ada.

Pengkaji          : Biasa gi beli dengan sape?

Responden      : gie dengan kakok.

Pengkaji          : Sedap ke durian situ?

Responden      : Sedap ngat, isi ye lemok-lemok gitu.

Pengkaji          : Biasa makan durian dengan sape, sorang ke?

Responden      : Dengan family.

Pengkaji          : Selain makan mentoh gitu je biasa adik wak gane lagi durian tu? Suka pengat?

Responden      : Pengat pong saye makang gok.emm..

Pengkaji    : Ok, kalau macam majlis kenduri kahwin, biasanya dengan kawan-kawan                          adik panggil apa?

Responden      : Aku mung.

Pengkaji          : Kalau dengan orang-orang yang adik tak kenal?

Responden      : awak saya.

Pengkaji      : Katakanlah tiba-tiba masa majlis tu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)                              datang. Adik bahasakan diri adik dengan ADUN tu apa?

Responden      : Awak saya ah.

Pengkaji     : ADUN ni macam orang yang berjawatan tinggi. Kalau ADUN tu adik                              panggil dia apa?

Responden      :  Encik.

Pengkaji          : Kalau dengan adik-beradik?

Responden      : Aku mung.

Pengkaji          : Kalau panggil diri adik dengan mok?

Responden      : Saya, orang.

Pengkaji          : Kalau dengan jiran-jiran, mokcik yang dah berumur?

Responden      : mokcik ah.

Pengkaji          : Kalau dengan adik-adik yang lebih muda daripada adik ,bahasakan diri apa?

Responden      : Aku mung.

Pengkaji    : Ok, tu sajalah soal selidik yang saya nak tanya, terima kasih sebab bagi                             kerjasama.

Responden      : Same-same.

 

Terjemahan Rakaman Audio

Terjemahan Rakaman Audio Dialek Kuala Berang, Hulu Terengganu:

Pengkaji     : Assalamualaikum dan selamat petang, disini akak datang sebab nak kaji                          tentang  lima aspek bahasa yang akak perlu jadikan adik sebagai responden.                              Jadi sebelum saya mulakan soal selidik ini,boleh adik memperkenalkan diri adik?

Responden      : Saya nama Aisyah, umur 20, tinggal sinilah.

Pengkaji          : Dekat mana tu?

Responden      : Kampung Tapu.

Pengkaji          : Kuala Berang?

Responden      : Ya.

Pengkaji          : Ok, asal keturunan mok ayoh memang tinggal sinilah?

Responden      : Ya.

Pengkaji          : Boleh bagitau binatang apa ada sini?

Responden      : Ayam, burung, tupai, lipan, biawak, emm..

Pengkaji          : Ada lagi?

Responden      : (senyap)

Pengkaji          : Tumbuhan pulok ada apa, buah-buahan apa?

Responden      : Buah limau, durian, petai, serai, emm..

Pengkaji          : Kalau pokok tukan ,biasa dipokok tu ada apa?

Responden      : Dahan, daun, akar.

Pengkaji          : Ok, kalau bendakan dekat rumah ada barang apa?

Responden      : Tikar, bantal, pasir, motor.

Pengkaji          : kalau awan adik panggil apa?

Responden      : Awan.

Pengkaji          : Kalau berjalan dekat-dekat Kuala Berang panggil apa selain berjalan?

Responden      : Merayau-rayau.

Pengkaji          : Kalau biasa ramai-ramai bawak motor tu apa?

Responden      : berlumba.

Pengkaji          : Kalau merangkap sini panggil apa?

Responden      : Ngakap.

Pengkaji          : kalau ada ayam kita kena apa?

Responden      :Halau.

Pengkaji          : Kalau singgah?

Responden      : Singgah ah.

Pengkaji          : Kalau ada makanan terdedah kita kena apa?

Responden      : Tutup.

Pengkaji          : Kalau baju kita besar kita panggil apa?

Responden      : Kecil, longgar.

Pengkaji          : Kalau lawan pada tajam?

Responden      : Tumpul.

Pengkaji          : Kalau bersih?

Responden      : Kotor.

Pengkaji          : Kecil lawan?

Responden      : Besar.

Pengkaji          : Rajin lawannya?

Responden      : Malas.

Pengkaji          : Tenggelam lawannya?

Responden      : Timbul.

Pengkaji          : Kalau kata ganti nama saya tu adik panggil apa kalau dengan kawan-kawan?

Responden      : Aku mu/kamu.

Pengkaji          : Kalau dengan cikgu?

Responden      : Cikgulah.

Pengkaji          : Bahasakan diri adik apa kalau dengan cikgu?

Responden      : Saya ah.

Pengkaji          : Kalau kamu, sini panggil apa?

Responden      : Mu/kamu

Pengkaji          :  Kalau lelaki panggil apa?

Responden      : Laki.

Pengkaji          : Kalau perempuan?

Responden      : Puan.

Pengkaji          : Kalau laki dan puan yang dah kahwin panggil apa?

Responden      : Laki bini.

Pengkaji          : Kalau ibu?

Responden      : Mak.

Pengkaji          :Kalau bapa?

Responden      : Abah.

Pengkaji          : Kalau nenek?

Responden      : Tok.

Pengkaji          : Kalau datuk?

Responden      : Tokki.

Pengkaji    : Adik tahu lagi perkataan-perkataan yang ada kat Terengganu nie? Kalau                           lintah tu panggil apa?

Responden      : Lintah.

Pengkaji          : Kalau perkataan pendek-pendek macam sudah panggil apa sini?

Responden      : Dah.

Pengkaji          : Kalau tidak?

Responden      : Tak.

Pengkaji          : Kalau hisap?

Responden      : hisap.

Pengkaji          : Kalau macam buat?

Responden      : buat.

Pengkaji          : Kalau macam bandar?

Responden      : Bandar.

Pengkaji          : Kalau kita tanya kenapa, kenapa tu apa?

Responden      : napa.

Pengkaji          : Adik suka makan buah durian?

Responden      : Aku suka makan buah durian.

Pengkaji          : Biasa beli buah tu dekat mana?

Responden      : Dekat Pasar Kuala Berang ada.

Pengkaji          : Biasa pergi beli dengan siapa?

Responden      : pergi dengan kakak.

Pengkaji          : Sedap ke durian situ?

Responden      : Sedap sangat, isinya lemak-lemak gitu.

Pengkaji          : Biasa makan durian dengan siapa, sorang ke?

Responden      : Dengan family.

Pengkaji    : Selain makan mentah gitu saja, biasa adik buat apa lagi durian tu? Suka                            pengat?

Responden      : Pengat pun saya makan juga.emm..

Pengkaji    : Ok, kalau macam majlis kenduri kahwin, biasanya dengan kawan-kawan                          adik panggil apa?

Responden      : Aku kamu/mu.

Pengkaji          : Kalau dengan orang-orang yang adik tak kenal?

Responden      : awak saya.

Pengkaji          : Katakanlah tiba-tiba masa majlis tu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)                     datang. Adik bahasakan diri adik dengan ADUN tu apa?

Responden      : Awak saya ah.

Pengkaji     : ADUN ni macam orang yang berjawatan tinggi. Kalau ADUN tu adik                              panggil dia apa?

Responden      :  Encik.

Pengkaji          : Kalau dengan adik-beradik?

Responden      : Aku kamu/mu.

Pengkaji          : Kalau panggil diri adik dengan mak?

Responden      : Saya, orang.

Pengkaji          : Kalau dengan jiran-jiran, mak cik yang dah berumur?

Responden      : Mak ciklah.

Pengkaji          : Kalau dengan adik-adik yang lebih muda daripada adik ,bahasakan diri apa?

Responden      : Aku kamu/mu.

Pengkaji    : Ok, itu sajalah soal selidik yang saya nak tanya, terima kasih sebab bagi                            kerjasama.

Responden      : Sama-sama.

 

Item Soalan

soalan soal selidik responden dan rakan responden:

1-3

4-6

7-9

1. Perasaan anda apabila di wajibkan untuk menyertai satu program belia?
 Suka kerana berimaginasi bahawa program tersebut sesuatu yang menyeronokkkan.
Bersemangat kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai wakil belia.
Gembira kerana ingin berkenalan dengan kawan baru.
Bersemangat kerana dapat menjadikan diri anda sebagai pemangkin kepada belia lain untuk jadi seperti anda.
Berasa risau,kerana anda merasakan program tersebut sesuatu yang membosankan.
2. Tindakan anda apabila ada seorang kawan memberi nasihat atas perbuatan atau keputusan anda yang salah?
 Menerimanya dengan hati terbuka
Cuba membaiki diri daripada teguran tersebut.
Menyusun perancagan baru supaya keputusan yang akan di ambil tidak akan salah lagi.
Memarahi kawan anda itu kerana suka menjaga tepi kain anda.
Percaya dengan teguran tersebut kerana anda merasakan apa yang dinasihati oleh rakan anda itu betul.
3. Apakah reaksi dan tindakan anda apabila mengalami masalah dalam hidup?
Berusaha mencari punca penyebab masalah tersebut.
Bersabar dan membuat perancangan untuk mencari jalan penyelesaian.
Meminta tolong dan bantuan daripada sahabat/ahli keluarga untuk sama-sama menyelesaikannya.
Meyalahkan orang lain atas permasalahan tersebut kerana mereka mempengaruhi anda.
Akan menerima pandangan dan nasihat orang lain untuk menangani masalah itu.
4. Sifat anda apabila berada dalam sesuatu majlis keramaian.
Mudah mesra dengan orang yang hadir pada majlis tersebut.
Berasa rimas dengan dengan suasana yang ramai dengan orang,
Memuji dan kagum dengan perjalanan majlis tersebut.
Membantu ahli keluarga tersebut jika mereka memerlukan bantuan anda.
Meninggalkan majlis setelah semua acara tamat.
5. Tindakan anda apabila ternampak seorang warga tua cuba melintas jalan.
Menolong warga tua itu kerana teringatkan pesan ibu yang menyuruh membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Menegur lelaki tersebut kerana melintas seorang diri tanpa di temani sesiapa.
Menolong warga tua tersebut kerana ikhlas tanpa paksaan.
Menolongnya kerana merasakan ianya tanggungjawab anda sebagai seorang yang sempurna membantu orang dalam kesusahan.
Buat tidak tahu dan meneruskan perjalanan kerana anda merasakan anda perkara lebih penting dilakukan daripada menolong warga tersebut.
6. Kumpulan anda telah menjalankan perniagaan online,tiba-tiba perniagaan tersebut mengalami kegagalan,apakah tindakan anda?
Berputus asa untuk meneruskan perniagaan tersebut.
Cuba membaiki kegagalan tersebut dengan melihat pengalaman dan idea orang yang pernah mengalami kegagalan untuk bangkit kali keduanya.
Bersabar dan cuba menyusun strategi baru.
Cuba mendapatkan nasihat daripada ahli perniagaan lain untuk menangani masalah tersebut.
Membahagi tugas antara ahli kumpulan untuk mancari inisiatif dalam menyelesaikan masalah tersebut.
7. Apabila anda diberikan tugasan berkumpulan adakah anda seorang yang…
Berimaginatif dan menghargai idea-idea yang diberikan oleh ahli kumpulan anda.
Tersusun dan mempunyai perancangan dalam menyiapkan tugasan tersebut.
Mudah berinteraksi antara ahli-ahli kumpulan
Saling memberi bantuan dan kerjasama antara ahli kumpulan.
Cepat melenting/moody apabila ada ahli kumpulan tidak menjalankan kerja yang telah ditugaskan.
8. Anda bersetuju bahawa anda seorang yang lebih cenderung kepada sifat…
Bercita rasa tinggi dalam mendapatkan sesuatu perkara.
Bertanggungjawab dan boleh diharap dalam keluarga.
Mudah memberi bantuan dan berkerjasama dalam mengendalikan sesuatu.
mudah bermesra dan ramah dengan seseorang yang baru anda kenali.
Selalu berasa moody jika berada dalam masalah.
9. Apakah tindakan anda apabila seorang rakan datang sambil menangis untuk menceritakan masalah berkaitan kekasihnya.
Mendengar dengan berfikiran terbuka tentang apa yang diceritakan olehnya.
Memberi nasihat supaya rakan anda tidak mudah percaya kepada kekasihnya itu.
Memarahinya kembali kerana merasakan masalah itu berpunca daripada dirinya sendiri.
Cuba menenangkan perasaan rakan supaya dapat berfikir secara rasional.
Mencarikan seseorang yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama.
10. Nama responden
 
 

Pengenalan SKBL2113

Pengenalan Kursus

1.0       Hasil Pembelajaran/Learning Outcomes

Di akhir kursus, pelajar mampu:

At the end of the course, students will be able to:

  1.  Mengenalpasti dan menggunakan perisian yang diperkenalkan untuk melakukan analisis persoalan linguistik yang diberikan.
  2. Membincangkan dan menilai kelemahan dan kekuatan perisian yang telah diperkenalkan untuk tujuan analisis linguistik.
  3. Menyiasat dan menghuraikan persoalan linguistik dengan menggunakan perisian

.2.0       Sinopsis/Synopsis

Kursus ini merupakan pengenalan kepada penggunaan atau aplikasi komputer dalam linguistik dan kajian bahasa. Fokus dan kandungan kursus memperihalkan bagaimana komputer dapat digunakan dalam kajian linguistik dan juga kajian kemanusiaan berdasarkan teks. Pelbagai perisian untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kerja dan analisa, serta melakukan analisa data bahasa yang banyak (yang mungkin sukar atau lambat) dilaksanakan tanpa penggunaan komputer akan dibincangkan. Pelajar didedahkan cara komputer digunakan untuk analisis pertuturan.

.3.0       Rujukan/References

i.            Johansson , S. & Stenstrbm, A-B. (eds). 1991. English computer corpora: selected papers and research guide. Berlin: Mouton de Gruyter.

ii.            Lawler, J.M. and Dry, N.A. 1998. Using computers in linguistics: a practical guide. London:Routledge.

iii.            Kennedy, Graeme. 1998. An introduction to corpus linguistics . London and New York: Longman

iv.            McEnery, T. & Wilson A. 2001. (2nd. Edn.) Corpus linguistics . Edinburgh: Edinburgh University Press.

v.            Stubbs, M. 1996. Text and corpus analysis: computer-assisted studies of language and culture. Oxford and Cambridge, Mass.: Blackwell

 3.1       Rujukan Tambahan/Additional References

Sumber Internet:

Mohamed Amin Embi. 2013. Aplikasi Kolaborasi Web 2.0 dalam Pendidikan, Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 
 

Bab 5

BAB 5
Kesimpulan

5.1 Pendahuluan

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji seperti dalam bab 4, jelaslah bahawa dialek Kuala Berang mempunyai persamaan dan perbezaan yang tersendiri dengan bahasa Melayu standard. Persamaan  dapat dilihat dalam aspek sintaksis,  dan sedikit bahagian dalam aspek pragmatik dan morfologi, manakala perbezaan yang ketara dapat dilihat dari aspek fonologi, semantik dan sedikit pada morfologi (pembentukkan kata) pragmatik (kata panggilan).

5.2 Perbincangan

Berdasarkan analisis-analisis tersebut pengkaji mendapati dialek Kuala Berang  sememangnya menpunyai perbezaan penyebutan kata dengan  bahasa Melayu Standard   yang mana dalam dialek Kuala Berang kerap berlaku pengguguran fonem, penggantian fonem dan penambahan fonem.

Selain itu, terdapat banyak aspek dalam pembentukan kata yang dapat dilihat berdasarkan analisis yang dilakukan oleh pengkaji. Pembentukan kata ini ternyata terdapat persamaan dari sudut pengguguran suku kata kata dasar dan turut mempunyai berbeza seperti dalam kata adjektif darjah kesangatan dan pengguguran imbuhan sesuatu kata antara  dengan bahasa Melayu standard. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam dialek Kuala Berang dan bahasa Melayu standard mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lian. Persamaan dan perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan pemilihan kata, imbuhan, kata sifat dan pengguguran suku kata.

Dalam aspek pembentukkan frasa dan ayat pula, pengkaji mendapati tidak terdapat perbezaan pembentukan ayat antara dailek Kuala Berang dengan bahasa Melayu Standard. Ini kerana, struktur ayat  dailek dan bahasa Melayu Standard  ini berasal daripada rumpuan yang sama iaitu rumpun bahasa Austronesia. Perbezaan ayat di atas hanya dapat dilihat daripada aspek fonologi dan morfologi sahaja.

Pengkaji juga, mendapati dalam dialek Kuala Berang juga terdapat beberapa kata atau leksikal yang mengandungi ketaksaan maknanya jika dibandingkan dengan bahasa Melayu Standard dan mungkin ada makna yang berbeza juga dengan dialek-dialek lain di Malaysia. Ini menunjukkan keunikkan dialek Kuala Berang dalam menginterpretasikan makna yang berlainan walaupun mempunyai sebutan atau ejaan yang sama sahaja dengan bahasa Melayu Standard.

Selain itu, dialek Kuala Berang mempunyai sistem sapaan atau panggilan tersendiri yang dipengaruhi faktor budaya. Sistem sapaan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kata ganti nama pertama, kata ganti nama kedua, kata ganti nama ketiga, kata panggilan umum dan kata panggilan keluarga dan kata panggilan sanak saudara. Kepelbagaian sistem panggilan disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor umur, pangkat, jantina dan keturunan. Tidak semua masyarakat dialek ini menggunakan sistem sapaan atau sistem panggilan seperti yang tersebut diatas. Sesetengah pihak terdedah kepada pengaruh daripada budaya asing seperti penggunaan istilah ‘uncle’ untuk pakcik dan ‘Auntie’ untuk makcik, ‘mom’ atau ‘mother’ untuk ibu, ‘dad’ atau ‘daddy’ untuk ayah. Selain itu, sesetengah masyarakat terpengaruh dengan sistem panggilan masyarakat Melayu seperti penggunaan istilah ‘mak long’ untuk ibu saudara pertama, ‘pak long’ untuk bapa saudara pertama, ‘mak ngah’ untuk ibu saudara kedua, dan ‘pak ngah’ untuk bapa saudara kedua. Jadi, corak dan bentuk sesuatu bahasa adalah bergantung kepada siapa penuturnya dan di mana bahasa itu digunakan. Sesuatu bahasa yang mempunyai bilangan penutur yang ramai dan tersebar luas dari segi geografi akan mempunyai perbezaan-perbezaan kecil dari segi sebutan, susunan frasa, susunan perkataan-perkataan atau gaya. Justeru itu, kepelbagaian dari jenis bahasa juga mempengaruhi kepelbagaian dalam sistem panggilan dalam sesebuah masyarakat.

5.3 Cadangan

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji  dengan menggunakan kaedah kajian lapangan dan juga teks mengenai dialek Kuala Berang, pengkaji merasakan perlunya sedikit penambah baikkan yang perlu dilakukan oleh pengkaji akan datang. Bagi pengkaji adalah sangat menarik jika pengkaji-pengkaji akan datang lebih memfokuskan kepada satu kajian aspek bidang linguistik sahaja daripada lima kajian yang telah dipaparkan oleh pengkaji dalam bab empat. Hal ini demikian kerana, pengkaji mendapati apabila aspek-aspek ini dikaji dengan lebih khusus, kajian tersebut  akan mempunyai nilai yang lebih tinggi dan mendalam. Selain itu, pengkaji berharap agar ada pihak yang prihatin di luar sana untuk membuat pembukuan terhadap bidang linguistik dalam bahasa ini untuk dikongsi bersama dengan penutur yang bukan penutur dialek ini.

5.4 Kesimpulan

Tuntasnya, bahagian akhir ini telah membuktikan bahawa pengkaji telah menjalankan kajian terhadap dialek Kuala Berang dengan membuat perbandingan dengan Bahasa Melayu Standard. Melalui kajian ini, pengkaji berharap akan ada kajian mengenai dialek ini supaya dialek di Malaysia tidak akan pupus ditelan zaman. Pengkaji juga berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat memberikan pengetahuan serta dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji akan datang. Di samping itu, hasil kajian ini juga boleh didokumentasikan supaya khazanah bahasa ini tidak luput ditelan zaman.  Hal ini demikian kerana, “bahasa melambangkan jiwa bangsa”.

 
Leave a comment

Posted by on March 19, 2013 in Bab 5, SKBL2113